KOLEKSI POS MALAYSIA BERHAD

Salam 1 Malaysia buat semua. Salam sejahtera kepada peminat dan pengumpul setem terutamanya buat pengikut laman stamps4u2c. Entri atau koleksi yang ingin aku paparkan untuk dijadikan tontonan kali ini, berkait rapat dengan Pos Malaysia Berhad. Kalau mengikut peredaran zaman sekarang, persoalan Pos Malaysia Berhad masih relevan atau tidak pasti timbul. Mana tidaknya, hendak mengirim surat? Emel sahaja... Ingin menghantar jemputan atau kad berupa ucapan? Laman Facebook atau tidak pun WhatsApp sahaja... Bagaimana pula bila anda ingin mengirim barang? DHL, Skynet atau Fedex menjadi pilihan bukan... Ingin membayar bil atau memperbaharui cukai jalan? Secara atas talian atau bahasa yang lebih saintifik " ONLINE "...




Perkhidmatan pos telah wujud di negara ini pada awal tahun 1800. Ia bermula di Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Perkhidmatan pos telah ditubuhkan kemudiannya di tempat-tempat lain mulai 1877 hingga 1910. Pada tahun 1935 Kesatuan Pos Malaya telah dibentuk dengan dianggotai oleh Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Persekutuan. Selepas pendudukan Jepun, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menganggotai kesatuan tersebut.




Pelancaran Pos Malaysia Berhad

Set in se-tenant strip of 5v


Selling price : RM 10

Butiran Teknik.

Tarikh Keluaran : 01.01.1992
Kertas : Teras Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Pencetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn Bhd
Perekabentuk Setem : Ismail & Associates Sdn Bhd




Pejabat Pos Lama

Set 28v in sheet


Selling price : RM 24

Butiran Teknik

Tarikh Keluaran : 09.10.2010
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Sdn Bhd
Perekabentuk Setem : Hazel Design Sdn Bhd


Peti Pos

Set 20v in sheet 


Selling price : RM 30

Butiran Teknik

Tarikh Keluaran : 10.10.2010
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Joh. Enschede Secure Print, Netherland
Perekabentuk Setem : Hazel Design Sdn Bhd 




Label