ULANGTAHUN KE-100 MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) ialah sebuah sekolah yang terulung dan sekolah berasrama penuh pertama di Malaysia. Ditubuhkan pada 2 Januari 1905, ia pada mulanya dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Melayu Kuala Kangsar. Ia merupakan sebuah sekolah yang khusus untuk anak-anak lelaki Melayu yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Idea penubuhan sekolah ini dicetuskan oleh R J Wilkinson, yang pada masa itu ialah Nazir Sekolah bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dalam sepucuk suratnya kepada Ketua Residen bertarikh 24 Februari 1904, beliau menulis mengenai " penubuhan di suatu tempat yang sesuai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sebuah sekolah berasrama yang khas untuk mendidik Melayu dari kalangan keluarga yang baik dan untuk melatih anak-anak Melayu bagi kemasukan di dalam cawangan tertentu dalam perkhidmatan Kerajaan. "

MCKK telah menjadi sekolah kepada ramai orang kenamaan Malaysia seperti YDP Agong, Sultan, Perdana Menteri, Menteri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan orang terkenal di sektor swasta. Tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid tua MCKK dapat memenuhkan banyak muka surat buku 'Who Is Who' di Malaysia.




First Day Cover.


Selling price : RM 4 

Penubuhan MCKK telah mendapat sokongan padu Raja-Raja Melayu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, iaitu Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah dari Perak, Sultan Alaiddin Sulaiman Shah dari Selangor, Yam Tuan Tuanku Muhamad Shah dari Negeri Sembilan dan Sultan Ahmad Al - Mu'adzam Shah dari Pahang.

Sebagai tanda hormat, memuliakan dan penghargaan kepada Raja-Raja Melayu itu, keempat-empat Rumah Sukan dinamakan dengan nama-nama mereka, iaitu Idris (Putih), Sulaiman (Merah), Muhamad Shah (Kuning) dan Ahmad (Hitam)



Miniature Sheet on First Day Cover.

  
Selling price : RM 5 

Butiran Teknik

Tarikh Keluaran : 30.08.2005
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd
Pereka Bentuk : Reign Associates Sdn Bhd




 

Label