ULANGTAHUN KE-600 HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

Tahun 2005 menandakan sudah 600 tahun ekspedisi pertama Laksamana Zheng He ke Melaka. Sehingga ke hari ini, Malaysia menganggap China sebagai rakan perdagangan dan perniagaan utamanya dan kerjasama ekonomi dua hala masih menjadi asas polisi hubungan antara Malaysia - China.

Bukti aktiviti perdagangan awal boleh dijumpai dalam bentuk syiling-syiling timah yang digunakan secara meluas oleh para pedagang. Kemudian, aktiviti import dan eksport seramik berunsur Islam dan barangan Nyonya masing-masing dalam kurun ke-16 dan 18, menunjukkan pertalian di antara kedua negara telah melangkaui hubungan ekonomi dan diplomatik - ia telah merentasi adat dan cara hidup kita.

Tatkala kita memperingati hubungan Malaysia - China yang telah menjangkaui enam abad, kita semakin menghargai kepentingan bekerjasama dengan lebih rapat untuk manggalakkan perkembangan ekonomi dan kestabilan politik di rantau ini. Ulangtahun ini menandakan satu peringkat baru dalam persahabatan antara kedua negara. Ketika kita memasuki kurun ke-21, hubungan ini amat sesuai terutama sekali bagi menghadapi cabaran-cabaran di dalam persekitaran global.




First Day Cover.


Selling price : RM 5 

Miniature Sheet on First Day Cover.


Selling price : RM 5

Butiran Teknik.

Tarikh Keluaran : 21.07.2005
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd
Pereka Bentuk : Reign Associates Sdn Bhd




  

Label