BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Malaysia dianugerahkan dengan cuaca tropika di mana cahaya matahari dan hujan yang banyak membolehkan pelbagai pokok-pokok buah hidup dengan subur dan menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan yang lazat. Walaupun kebanyakan buah-buahan di Malaysia semulajadi tumbuh di negara ini, namun terdapat juga buah-buahan yang telah diperkenalkan dari kawasan tropika lain di dunia dan ditanam secara meluas di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi dan budaya Malaysia. Beberapa buah-buahan Malaysia seperti durian dan manggis adalah bermusim manakala yang lain seperti nangka dan buah belimbing mudah didapati sepanjang tahun. Buah-buahan bermusim secara umumnya boleh didapati di antara bulan Jun dan Ogos, dan di antara November dan Februari.

Di Malaysia, buah-buahan biasa dihidangkan selepas makan sebagai pencuci mulut, dan juga dijadikan minuman jus buah-buahan. Buah-buahan juga boleh diproses untuk dibuat jeruk.








Sampul Surat Hari Pertama


Edisi Setem

  • 60 sen - Nangka / Jackfruit (Artocarpus heterophyllus Lam)
  • 80 sen - Durian (Durio zibethinus murr)
  • RM 1.20 - Tembikai Wangi / Honeydew (Cucumis melo)
  • RM 1.40 - Belimbing / Star fruit (Averrhoa carambola)


Butiran Teknikal

Tarikh Keluaran : 17 Julai 2014
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd
Pereka Bentuk : Reign Associates Sdn Bhd



  

Label