Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-57

Terlebih dahulu ingin aku laungkan perkataan "Merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.." Dikala aku kembali ke laman ini, hari kemerdekaan Malaysia ke-57 (31 Ogos 2014) telah disambut hampir seminggu yang lepas. Jadi tidak terlewat rasanya untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam masa seminggu yang akan datang pula kita akan menyambut Hari Malaysia (16 September ) dimana nama 'Malaysia' telah lahir pada hari tersebut.






Sambutan Hari Merdeka pada tahun 2014 ini disambut agak sederhana kesan diatas 2 peristiwa besar yang melanda negara. Peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airline System MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine. Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Harapan aku anda semua tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini.


*Malaya Independence Day 1957 10 Cents Stamp


Setem Sampul Surat Hari Pertama.

Edisi Setem.


Sumber Perolehan : www.stampjoy.com

Butiran Teknikal :

Tarikh Keluaran : 31.08.2014
Denominasi : 60 sen
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd
Pereka Bentuk Setem : Hazel Design


 

Label