Hari Malaysia

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua peminat setem diluar sana. Tidak lupa juga pada anda penonton setia yang melihat koleksi setem di blog stamps4u2c ini. Koleksi yang ingin aku tayang untuk anda lihat kali ini berkait rapat dengan Hari Malaysia yang baru disambut pada 16 September yang lepas. Sebelum itu aku ingin memohon maaf kepada anda semua diatas kelewatan penerbitan koleksi. Ini adalah disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.







Pada tanggal 16 September, 1963 Malaya, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bergabung menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia. Malaya yang pada ketika itu mempunyai 11 buah negeri, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura menjadikan Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri. Pada tahun 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia dan diumumkan secara rasmi oleh Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura di ketika itu. Aku ada menyediakan beberapa laman hasil pencarian aku di Google tentang siapa dan mengapa Singapura dikeluarkan dari Malaysia.


Anda juga boleh melawat laman ini jika anda ingin mengetahui sejarah dan rentetan peristiwa penubuhan Malaysia 16 September 1963.

Koleksi Setem.



* Selling price : RM 16

Difahamkan juga, situasi ini telah memaksa kerajaan di ketika itu untuk mewujudkan sebuah negeri baru bagi menggantikan Singapura yang telah dikeluarkan dari Malaysia. Negeri tersebut wujud atas sejarah tersendiri pada asasnya. Maka wujudlah negeri baru yang dikenali Wilayah Persekutuan.

Mungkin anda berminat untuk melihat koleksi setem Wilayah Persekutuan.
Penubuhan Wilayah Persekutuan.

Sekian sahaja untuk kali ini. Berjumpa kita dilain koleksi.






Label